Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Enam rumah musnah akibat tanah runtuh di Larkin

Jun 29, 2015 | 05:30 PM



JOHOR BAHARU: Enam rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Tahana, Jalan Padu, Larkin di sini tengah malam semalam membabitkan kerugian kira-kira RM30,000 ($10,733).


Timbalan Ketua Polis Daerah (I) Johor Baharu Selatan, Superintenden Abdul Wahib Musa, berkata kejadian 12.30 tengah malam itu membabitkan 24 mangsa warga Indonesia, terdiri daripada 11 lelaki, sembilan wanita dan empat kanak-kanak, lapor Berita Harian Online hari ini, Isnin.


Bagaimanapun, semua mereka terselamat dalam kejadian itu di kawasan tapak pembinaan yang dipercayai mahu dijadikan kedai dan restoran bersebelahan kampung berkenaan, katanya selepas melawat tempat kejadian awal pagi hari ini.


"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 ($10,791) melibatkan enam rumah dan tiga motosikal yang tertimbus," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >