Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Erdogan dakwa Turkey bunuh pemimpin pengganas ISIS

May 02, 2023 | 05:30 AM



ISTANBUL: Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan, memaklumkan pada Ahad bahawa pasukan perisikan negaranya telah membunuh pemimpin pengganas kumpulan ISIS, Abu Hussein al-Qurashi, di Syria.



"Individu ini dineutralkan sebagai sebahagian operasi oleh pertubuhan perisikan kebangsaan Turkey di Syria)," katanya menerusi wawancara dengan stesen penyiaran, TRT Turk.



Katanya, agensi perisikan itu telah memburu pemimpin itu sejak sekian lama.



Sementara itu, sumber tempatan dan keselamatan Syria berkata serbuan itu berlaku di bandar Jandaris di utara Syria, yang dikawal kumpulan pemberontak yang disokong Turkey dan kawasan itu antara paling teruk terjejas dalam gempa bumi 6 Februari lalu yang melanda kedua-dua Turkey dan Syria.



Namun sehingga kini, tentera Syria dan pihak pemberontak di kawasan itu masih tidak memberi sebarang komen berkaitan pembunuhan pemimpin ISIS itu.



Seorang penduduk berkata pertempuran bermula di pinggir Jandaris sejak semalaman dari Sabtu hingga Ahad, berlarutan kira-kira sejam sebelum penduduk mendengar letupan kuat.



Kawasan itu kemudiannya dikepung pasukan keselamatan bagi menghalang mana-mana individu daripada menghampiri kawasan itu.



Kumpulan ISIS memilih al-Qurashi sebagai ketuanya pada November 2022 selepas pemimpin sebelumnya terbunuh, dalam operasi di selatan Syria.



Kumpulan pengganas itu pernah mengambil alih sebahagian besar Iraq dan Syria pada 2014 dan ketuanya pada masa itu, Abu Bakr al-Baghdadi, mengisytiharkan sebuah khalifah Islam di seluruh wilayah yang menempatkan jutaan orang.



Tetapi ISIS kemudian hilang cengkaman di wilayah itu selepas kempen oleh tentera yang disokong Amerika Syarikat di Syria dan Iraq, serta tentera Syria yang disokong Iran, Russia dan pelbagai pasukan separa tentera.



Baki ribuan militannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini kebanyakannya bersembunyi di kawasan pedalaman terpencil di kedua-dua negara, walaupun mereka masih mampu melakukan serangan hendap besar-besaran.



Gabungan pimpinan Amerika bersama pakatan pimpinan Kurdish yang dikenali sebagai Pasukan Demokratik Syria (SDF) masih melakukan serbuan terhadap petugas ISIS di Syria.



Dalam beberapa kes, tokoh kanan ISIS menjadi sasaran semasa bersembunyi di kawasan di mana Turkey mempunyai pengaruh besar. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >