Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

EU dan Turkey capai persetujuan kekang krisis pelarian

Dec 01, 2015 | 09:21 AM



BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dan Turkey telah mencapai satu persetujuan "bersejarah" bagi membantu mengekang krisis pelarian dan pengganasan, dibantu oleh ikrar EU akan melancarkan semula usaha Turkey menganggotai kumpulan itu dan pakej bantuan bagi pelarian.


Para ketua pemerintah EU bertemu Perdana Menteri Turkey, Encik Ahmet Davutoglu, di Brussels pada Ahad (29 Nov) sedang mereka cuba meminta Turkey membantu menangani kesan daripada pergolakan di Syria dan seluruh Timur Tengah.


Sebagai balasan bagi Turkey mengukuhkan kawalan sempadannya, Eropah menawarkan ganjaran yang boleh membawa negara itu lebih dekat kepada EU.


Usaha Angkara menjadi anggota EU akan dilancarkan sebagai balasan bagi kerjasama mencegah 2.2 juta pelarian Syria di negara itu pergi ke Eropah, kata presiden EU, Encik Donald Tusk, dalam satu ada sidang akhbar bersama Encik Davutoglu dan ketua Suruhanjaya Eropah, Encik Jean-Claude Juncker, pada akhir sidang puncak tersebut.


"Kami juga akan meningkatkan bantuan kami untuk pelarian Syria di Turkey melalui Kemudahan Pelarian baru sebanyak tiga bilion euro ($4.5 bilion)," kata mantan perdana menteri Poland itu.


"Perjanjian kami menetapkan rancangan jelas untuk memulihkan semula ketenteraman di sempadan bersama kami."


Encik Davutoglu berkata ia merupakan "hari bersejarah" dan berikrar negaranya akan menunaikan janjinya, yang diragui sebahagian daripada 28 negara anggota EU.


Beliau, yang mewakili Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, berkata perjanjian itu akan "merangsang semula" proses penyertaan Turkey ke dalam EU, yang tidak mencapai banyak kemajuan sejak ia bermula pada 2005.


Beliau juga berkata "tiga bilion euro itu akan dibelanjakan bagi pelarian di Turkey; ia bukan untuk Turkey".


Di bawah perjanjian itu, Turkey, pintu masuk utama untuk pendatang dan pelarian sampai ke Eropah, akan mengambil langkah-langkah termasuk mengambil tindakan ke atas penyeludup manusia dan bekerjasama dengan EU dalam soal memulangkan orang yang tidak memenuhi syarat digolongkan sebagai pelarian.


Sebagai balasan, rundingan mengenai tawaran keanggotaan EU bagi Turkey akan dimulakan semula seawal 14 Disember dengan perbincangan mengenai isu-isu ekonomi dan kewangan.


EU juga bersetuju mengadakan dua sidang puncak dengan negara itu setiap tahun. Brussels juga komited mengurangkan keperluan visa bagi rakyat Turkey melawat Schengen, kawasan bebas pasport EU, menjelang Oktober depan. - Bloomberg, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >