BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) meluluskan rancangan penempatan pasukan tentera laut memerangi sindiket pemerdagangan manusia yang bertanggungjawab menyebabkan beriburibu pendatang asing tanpa izin merentasi Laut Mediterranean dari Libya.
Menerusi program yang mendapat sokongan menteri luar dan pertahanan EU itu, kapal perang dan pesawat pemantau kesatuan tersebut akan mengumpulkan maklumat mengenai kegiatan pemerdagangan manusia sebelum menggempur bot berkenaan bagi melumpuhkan kegiatan yang dilarang itu.