Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Exco Johor hadapi 33 tuduhan rasuah

Apr 19, 2017 | 12:43 PM



JOHOR BAHRU: Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas 33 pertuduhan rasuah.



Abd Latif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor yang sedang bercuti bertugas didakwa di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.



Tuduhan dibacakan di depan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.



Beliau didakwa bersama seorang lagi individu, Amir Sharifuddin Abdul Raub.



Kedua mereka masing-masing berdepan dengan 33 pertuduhan rasuah membabitkan jumlah lebih RM30 juta.



Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud dan Amir Nasruddin.



Abd Latff diwakili oleh barisan lapan peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican.



Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.



Hakim menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.



Abd Latif, 51 tahun, ditahan pada 9 Mac lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dalam isu hartanah di negeri ini.



Sebelum itu, tujuh individu ditahan SPRM termasuk anak dan pegawai khasnya bagi membantu siasatan kes sama.



Beliau ditahan di Pejabat SPRM Johor dan siasatan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - mSTAR Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >