LONDON: Facebook Inc menggantung 30,000 akaun palsu di Perancis sedang rangkaian media sosial itu mempergiat usaha menghentikan penularan berita palsu dan maklumat tidak tepat.
Langkah itu, yang dibuat beberapa hari sebelum pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis, merupakan tindakan paling agresif Facebook terhadap akaun yang melanggar syarat menggunakan perkhidmatannya.