Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Facebook rancang guna satelit dan drone hubungkan Internet

Mar 28, 2014 | 04:39 PM



SAN FRANCISCO (Reuters) - Facebook akan memanfaatkan teknologi satelit, drone dan teknologi lain dalam usahanya untuk menghubungkan Internet kepada mereka yang berada di bahagian dunia yang kurang membangun.


Rangkaian sosial nombor satu dunia itu hari ini berkata ia telah mendapatkan khidmat pakar-pakar aeroangkasa dan komunikasi makmal Jet Propulsion Lab Nasa dan pusat penyelidikan Ames bagi projek baru "Makmal Kesalinghubungan" atau "Connectivity Lab" itu.


"Hari ini kami mengongsi beberapa butir tentang apa yang dilakukan Connectivity Lab Facebook untuk membina drone, satelit dan laser demi menyediakan Internet kepada semua orang," kata ketua eksekutif Facebook, Encik Mark Zuckerberg, dalam posnya di Facebook.


Langkah tersebut merupakan usaha lanjutan Facebook yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menjadikan Internet lebih dimampui dan mudah didapatkan.


"Kami akan meneruskan kerjasama ini, tetapi menghubungkan seluruh dunia akan memerlukan ciptaan teknologi baru juga," kata beliau.


Google, enjin pencari Internet terbesar dunia, juga sedang menjalankan usaha serupa.


Tahun lalu ia mengumumkan rancangan untuk menggunakan belon-belon yang dijana kuasa suria untuk menyediakan akses Internet ke kawasan-kawasan terpencil dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >