Fahrin dedah identiti isteri

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular seberang Tambak, Fahrin Ahmad, 36 tahun, semalam melangsungkan perkahwinan dengan seorang pramugari.

Beliau sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas, 37 tahun, dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, di sini.

Teka teki bakal isteri Fahrin sebelum ini menemui titik noktah apabila beliau memilih Elena, seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Pasangan mempelai ini dinikahkan Ustaz Shahriman Ali Pitchay selaku Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Fahrin menyerahkan mas kahwin bernilai RM80 dan sebentuk cincin. Bagaimanapun pasangan itu memilih untuk tidak memberi dulang hantaran. - BHM.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.