MELBOURNE: Australia akan mengecualikan bayaran visa bagi anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 sekiranya mereka ingin datang ke negara itu.
Perdana Menteri Australia, Encik Tony Abbott, memberitahu Parlimen Persekutuan negara itu bahawa bayaran tersebut akan dikecualikan bagi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi di Western Australia.