Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

FBI: Tidak ada bom dalam letupan bot presiden Maldives

Nov 02, 2015 | 11:23 AM



WASHINGTON/MALE: Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat berkata ia tidak menemui bukti muktamad bahawa letupan di sebuah bot yang membawa Presiden Maldives, Encik Abdulla Yameen, disebabkan oleh bom.


Pemerintah Maldives, bagaimanapun, berkata kenyataan FBI itu bercanggah dengan hasil penyiasat lain.


Walaupun pada mulanya pemerintah Maldives berkata letupan pada 28 September itu mungkin akibat kerosakan mekanikal, ia kemudian menukil siasatan oleh penyiasat dari FBI, Australia, Arab Saudi, India dan Sri Lanka untuk menegaskan bahawa ia satu percubaan membunuh Encik Yameen.


Beliau, yang terpilih selepas satu pilihan raya amat sengit pada 2013, terselamat tetapi beliau dan dua pegawai cedera.


Jurucakap FBI, Encik Josh Campbell, berkata dalam satu kenyataan e-mel kepada Reuters pada Sabtu (31 Okt) bahawa bukti yang dikemukakan untuk dianalisis disahkan datang dari bot itu dan bukan bahagian daripada bahan letupan improvisasi (IED).


"Berdasarkan analisis FBI - termasuk analisis forensik tempat kejadian, analisis barang dari tempat kejadian, dan ujian kimia - tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan letupan di atas bot itu dengan IED," kata Encik Campbell.


Menteri Dalam Negeri, Encik Umar Naseer, berkata kepada pemberita pada Ahad bahawa bahan letupan mungkin tidak meninggalkan bekas atau bukti mungkin telah diusik.


Laporan siasatan dari India dan Australia masih belum diterima.


Polis Maldives menangkap tujuh orang setelah penemuan senjata tersembunyi di dasar laut menyusuli letupan itu, menurut para pegawai pada Sabtu.


Senjata itu termasuk dua bom tangan, senapang, pistol, dan lebih 100 peluru.


Naib Presiden Maldives, Encik Ahmed Adheeb, ditahan minggu lalu berkaitan letupan itu, tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut.


Menteri Pertahanan, Encik Moosa Ali Jaleel, dipecat pada Oktober. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >