Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Fed akur kekal kadar faedah tapi ia mungkin naik pada masa depan

Jul 06, 2023 | 02:07 PM



WASHINGTON: Anggota Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat sepakat bersetuju mengekalkan kadar faedah secara mantap semasa mesyuarat pada Jun sebagai cara untuk “membeli masa” dan menilai sama ada kenaikan kadar selanjutnya diperlukan.


Ini walaupun sebahagian besar mereka menjangka perlunya mengetatkan dasar, menurut minit mesyuarat yang dikeluarkan pada Rabu.

Walaupun “sesetengah anggota” mahu meneruskan kenaikan kadar pada Jun berdasarkan penurunan inflasi yang perlahan, “hampir semua anggota menilai adalah sesuai atau boleh mengekalkan” kadar dana federal sedia ada pada 5 peratus hingga 5.25 peratus, menurut minit itu.

“Kebanyakan anggota mendapati membiarkan sasaran (faedah) tidak berubah pada mesyuarat ini akan memberi mereka lebih banyak masa untuk menilai kemajuan ekonomi”, ke arah mengembalikan inflasi kepada 2 peratus daripada paras semasanya yang lebih seganda tinggi.

Walaupun anggota lembaga Fed masih meramalkan “kemelesetan sederhana” bermula pada lewat 2023, penggubal dasar bergelut dengan data yang menunjukkan pasaran pekerjaan masih ketat dan hanya peningkatan sederhana dalam kadar inflasi.

Pegawai juga cuba menyelaraskan angka yang menunjukkan kekuatan ekonomi yang berterusan dengan bukti kemungkinan berlaku kelemahan – angka pekerjaan isi rumah yang menunjukkan pasaran buruh lebih lemah daripada apa yang ditunjukkan oleh bilangan pekerja, atau data pendapatan negara yang nampaknya lebih lemah daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).

Unjuran yang dikeluarkan selepas mesyuarat pada Jun itu menunjukkan 16 daripada 18 anggota lembaga Fed masih menjangka asas kadar faedah perlu meningkat sekurang-kurangnya satu suku mata peratusan lagi menjelang akhir 2023. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >