Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Filem kisah Anwar raih rekod RM1j pada hari pembukaan

May 21, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Filem kisah jatuh bangun dan perjuangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Anwar: The Untold Story - mencipta sejarah menjadi biopik pertama mencapai kutipan RM1 juta ($296,221) pada hari pertama tayangannya pada Khamis.



Berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, biopik 108 minit itu ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia.



Pengedar rasmi filem itu, DMY Creation, mengesahkan kutipan RM1 juta diperoleh pada hari pertama tayangan biarpun ia bersaing dengan filem antarabangsa Fast X.



Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff, berkata pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, penuh pada hari pertama tayangan.



"Kami bersyukur filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd ini meraih sambutan luar biasa.



"Lebih menggembirakan ialah rakyat Malaysia memilih menonton biopik yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri berbanding karya antarabangsa.



"Filem Anwar: The Untold Story menjadi pembuka jalan untuk pembikin filem menghasilkan biopik mengenai tokoh lain pada masa depan.



"Ia sekali gus membuktikan penerimaan penonton terhadap naskhah biopik berdasarkan kisah benar tokoh negarawan yang masih hidup," katanya.



Beliau menambah bahawa pihaknya juga menerima kadar kepopularan antara 8 hingga 10 untuk filem itu, yang dibintangi Farid Kamil sebagai Datuk Anwar dan aktres terkenal Indonesia Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu isteri Datuk Anwar.



Filem arahan pengarah Indonesia Viva Westi itu dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.



Anwar: The Untold Story mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Datuk Seri Anwar menentang amalan rasuah dengan sokongan isterinya.



Filem itu memberi tumpuan pada cara beliau tegas menolak pelbagai jenis imbuhan dan wang tunai, yang menyebabkannya difitnah dalam konspirasi besar hingga dipecat, dipukul secara kejam dalam penjara dan dibiarkan tanpa rawatan beberapa hari.



Penerbit eksekutif yang juga penulis cerita asal filem itu, Encik Zulkiflee Anwar Haque, yang juga dikenali sebagai Zunar, bersyukur mengenai sambutan luar biasa yang diterima filem itu.



Beliau berkata filem itu juga mencipta sejarah kerana menjadi filem paling banyak menerima tempahan awal oleh pawagam.



"Saya akui filem ini banyak terima tempahan lebih awal oleh pihak pawagam. Contohnya, pawagam di MidValley dan Pulau Pinang sudah penuh dan ditempah lebih awal untuk tayangan filem ini," katanya.



Mengenai harapannya pada filem itu, Encik Zunar berharap ia akan mendapat sambutan berterusan orang ramai.



"Filem Anwar: The Untold Story ini adalah genre yang jarang ada di Malaysia kerana ia membongkar kebenaran dan apa yang berlaku pada 1988.



"Justeru, saya berharap orang ramai akan datang untuk menonton kisah benar yang tidak pernah didedahkan oleh Perdana Menteri," katanya.



Selain Malaysia sebagai lokasi utama, filem itu menjalani penggambaran di Indonesia. - Malay Mail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >