KUALA LUMPUR: Gejala rasuah dan isu perkauman adalah faktor yang melemahkan usaha pembinaan bangsa Malaysia, kata Datuk Seri Nazir Razak, selepas menonton filem yang mendapat sambutan hangat, Ola Bola.
Melalui laman Instagramnya, adik Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak itu berkata filem tersebut membawa kembali kenangan zaman dahulu dengan Malaysia berada dalam keadaan yang lebih menyenangkan.