Filipina akan hormati, penuhi komitment dengan Amerika: Menteri Luar

MANILA: Filipina akan terus menghormati kewajipannya di bawah perjanjian dengan Amerika Syarikat, kata Menteri Luarnya pada Selasa (13 Sep), sehari selepas Presiden Rodrigo Duterte menggesa pengunduran tentera khas Amerika dari selatan Filipina.

"Presiden telah berkata, malah sebagai kenyataan keutamaan dalam ucapan sulungnya, bahawa kami akan menghormati dan terus penuhi kewajipan perjanjian dan komitmen kami terutamanya dengan Amerika," kata Setiausaha Luar Perfecto Yasay dalam satu interviu radio pada Selasa.

"Kenyataan yang beliau buat sekarang tidak bertujuan dan tidak boleh dilihat sebagai isyarat bahawa beliau akan menarik balik kenyataan beliau sebelum ini berkaitan menghormati perjanjian-perjanjian itu," kata Encik Yasay.

Pada Isnin (12 Sep), Encik Duterte berkata kehadiran tentera Amerika boleh merumitkan serangan terhadap militan Islam yang terkenal dengan tindakan memenggal kepala orang Barat di selatan negara itu.

Beliau mahu baki tentera khas Amerika di Mindanao meninggalkan tempat itu bagi melegakan ketegangan di selatan Filipina.

"Pasukan khas di Mindanao itu, mereka mesti meninggalkan tempat itu," kata Encik Duterte dalam ucapan selepas majlis angkat sumpah para pegawai baru. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,040.020 +14.540