Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina berkas bekas isteri warga S'pura disyaki merekrut anggota ISIS

Oct 19, 2017 | 05:30 AM



MANILA: Pasukan keselamatan Filipina memberkas seorang wanita berusia 36 tahun yang disyaki merekrut anggota kumpulan radikal ISIS dari serata dunia menerusi media sosial.



Karen Aizha Hamidon ditangkap di bandar Taguig, terletak sejam ke timur Manila, pada 11 Oktober lalu, menurut Setiausaha Keadilan Vitaliano Aguirre semasa sidang akhbar pagi semalam.



Encik Aguirre berkata Karen adalah bekas isteri warga Singapura, Muhammad Shamin Mohamed Sidek, pegawai keselamatan yang ditahan di Singapura pada Ogos 2015 kerana merancang menyertai ISIS dan menggunakan media sosial menggalak pengganasan.



Karen kemudiannya berkahwin dengan Mohammad Jaafar Maguid, seorang warga Filipina, yang mengetuai Ansar al-Khilafah yang bekait rapat dengan ISIS sehinggalah dia dibunuh polis pada Januari lalu.



Encik Aguirre selanjutnya berkata Karen merupakan sekutu rapat Musa Cerantonio, seorang pendakwah Islam Australia yang dikatakan merekrut pejuang ISIS.



Tuduhan memberontak sedang disediakan ke atas Karen berhubung 296 pos media sosial yang dikaitkan dengannya dan menunjukkan usahanya mahu merekrut anggota ISIS di bandar selatan Marawi.



"Memang amat jelas bahawa tindakannya bersekongkol dengan tindakan pemberontak.



"Semasa anggota yang lain bertempur di Marawi, dia ditugaskan merekrut pejuang ISIS yang boleh membantu dalam pengepungan Marawi oleh ISIS dan kumpulan Maute," kata Encik Aguirre.



Ratusan militan Muslim menyerbu Marawi pada 23 Mei lalu dalam satu percubaan menjadikan bandar itu wilayah ISIS.



Mereka telah menguasai sesetengah kawasan bandar itu selama hampir lima bulan.



Berita mengenai penahanan Karen dikeluarkan dua hari selepas pasukan keselamatan di Marawi bertempur dan membunuh Isnilon Hapilon, diiktiraf ISIS sebagai anggota paling kanannya di Asia Tenggara; dan Omarkhayam Maute, pemimpin bersama sebuah kumpulan yang menyediakan pejuang yang menyerang Marawi.



Kelmarin, Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan Marawi bebas daripada cengkaman pengganas, meskipun pasukan tenteranya masih belum menumpaskan sekelompok militan yang masih bertahan di tengah bandar tersebut.



Lebih 1,000 militan, askar pemerintah dan orang awam terbunuh dan sekitar 400,000 penduduk terpaksa dipindahkan.



Separuh bandar Marawi musnah akibat serangan udara, serangan bom dan pertempuran hebat yang berlaku.



Tahun lalu para perisik India meminta pihak berkuasa Filipina, selepas nama Karen muncul sebagai penyelaras kumpulan Facebook, Telegram dan WhatsApp, yang sedang merekrut masyarakat Muslim di India agar menjadi pejuang ISIS.



Mohammad Sirajuddin, 33 tahun, seorang pengurus pemasaran di syarikat Indian Oil Corporation yang diberkas pada Disember 2015, berkata Karen mula menghubunginya menerusi Facebook dan WhatsApp dan meyakinkannya agar menyertai ISIS di Syria.



Satu profil yang disediakan Agensi Siasatan Nasional India berkata bapa Karen, yang beragama Islam, meninggal dunia ketika anaknya itu berusia 20 tahun.



Ibunya beragama Kristian dan membesarkan Karen mengikut agamanya. Namun Karen dan dua adik-beradik perempuannya kemudian memeluk Islam sekitar 10 tahun lalu. - Agensi berita.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >