Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina gesa disiasat dakwaan rancangan bekas duta besar AS guling Duterte

Dec 28, 2016 | 02:12 PM



MANILA: Speaker parlimen Filipina, Encik Pantaleon Alvarez, menggesa disiasat dakwaan tentang satu rancangan oleh bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke Filipina, Encik Philip Goldberg, untuk menggulingkan Presiden Rodrigo Duterte.



Dalam satu laporan pada Selasa (27 Dis) oleh Manila Times, Encik Goldberg didakwa meninggalkan "pelan tindakan" untuk menjatuhkan Encik Duterte atau satu "cadangan kepada Jabatan Negara Amerika bagi penyingkiran Presiden Filipina daripada jawatan".



Jabatan Negara Amerika telah menafikan ada rancangan sedemikian.



Tetapi Encik Alvarez, speaker Dewan Rakyat, berkata dalam satu kenyataan: "Jika benar, ini mempunyai kesan serius bukan ke atas kestabilan politik negara kita saja, bahkan fabrik ekonomi dan sosial negara kita. Ia juga akan memberi kesan serius terhadap hubungan dengan Amerika.



"Memandangkan dakwaan serius ini, saya menyeru satu siasatan kongres bagi memastikan apakah laporan tentang rancangan penyingkiran Presiden Rodrigo Duterte itu berasas," katanya.



Beliau menambah bahawa rancangan penyingkiran Encik Duterte satu pencabulan kedaulatan Filipina.



"Ini satu kutukan ke atas prinsip demokrasi yang pemerintah Amerika, terutama di bawah pentadbiran Presiden Obama, dakwahkan kepada dunia," ujar Encik Alvarez.



Antara strategi dalam "pelan tindakan" Encik Goldberg yang didakwa itu ialah pengasingan politik dan ekonomi Filipina, memeras ugut negara jiran supaya menentang Encik Duterte dan mengurangkan perdagangan dengan negara itu.



Ia juga dikatakan menyeru pemerintah Amerika supaya mengambil tindakan gabungan sosio-ekonomi-politik-diplomatik terhadap Encik Duterte "untuk membuat beliau melutut dan akhirnya melenyapkan beliau daripada jawatannya".



Di istana Malacañang, jurucakap Encik Duterte, Encik Ernesto Abella, berkata Jabatan Negara Amerika telah menafikan pelibatan dalam rancangan yang didakwa itu.



Walaupun pembunuhan dalam kempen antidadah Encik Duterte di Filipina semakin meningkat, beliau kekal popular dengan mendapat pengiktirafan "cemerlang" dalam kaji selidik baru-baru ini. - Philippine Daily Inquirer/ Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >