Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina hadapi gesaan siasat Duterte berkaitan pembunuhan

Sep 16, 2016 | 03:30 PM



MANILA: Filipina menghadapi gesaan pada Jumaat (16 Sep) agar menyiasat presidennya, Encik Rodrigo Duterte, selepas seorang pembunuh upahan mendakwa beliau mengarahkan ribuan lawan dan suspek penjenayah dibunuh semasa menjadi mayor.



Pembunuh upahan itu memberitahu satu siasatan Senat pada Khamis beliau dan sekumpulan pegawai polis membunuh kira-kira 1,000 orang di bandar Davao dari 1988 hingga 2013 atas arahan Encik Duterte, yang sendiri menembak mati seorang mangsa.



"Ini tuduhan serius dan kami melihatnya dengan serius, kami menyiasatinya," kata timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik Mark Toner.



Pengkritik berkata pembunuhan yang didakwa di Davao itu, tempat Encik Duterte menjadi mayor lebih 20 tahun, membentuk satu corak yang telah merebak di seluruh negara itu di bawah presiden baru.



Dakwaan tersebut timbul sedang Senat menyiasat dakwaan pembunuhan luar undang-undang dalam kempen antidadah berterusan yang membawa kepada lebih 3,000 kematian dalam 72 hari pertama Encik Duterte menjadi presiden.



Kumpulan Human Rights Watch yang berpangkalan di Amerika menggesa Manila membenarkan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat dakwaan tersebut.



"Presiden Duterte tidak boleh diharapkan untuk menyiasat sendiri, jadi adalah penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dipanggil untuk mengetuai usaha itu," kata pengarah Asia badan pemantau itu, Encik Brad Adams, dalam satu kenyataan.



Encik Duterte telah beberapa kali mengaku atau menafikan terlibat dalam skuad bunuh semasa kempen pilihan raya Mei lalu, yang dimenanginya dengan ikrar akan bunuh puluhan ribu penjenayah.



Encik Wilnor Papa, seorang pegawai kempen bagi pejabat Manila Amnesty International, berkata masalah pesalah bebas daripada hukuman memuncak sebahagiannya disebabkan kegagalan pemerintah lalu, yang gagal mendakwa Encik Duterte.



"Kita sekarang melihat pembunuh yang menunggang motosikal sebagaimana mereka berkeliaran di jalan-jalan di Davao pada akhir 1990-an. Sasarannya bukan sindiket dadah saja. Peragut dompet juga menggunakan mereka dan mereka boleh menyasarkan sesiapa sahaja pada dasarnya," kata beliau.



Seorang ahli Dewan Perwakilan, Encik Edcel Lagman, menggesa Encik Duterte supaya membentuk sebuah suruhanjaya mencari fakta bebas terdiri daripada hakim yang telah bersara bagi "mengenal pasti identiti dalang dan pelaku serta mangsa". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >