Filipina kekal komited pada PBB: Menteri luar

MANILA: Filipina tidak akan meninggalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata menteri luarnya pada Isnin (22 Ogos), sehari selepas Presiden Rodrigo Duterte mengancam akan menarik diri daripada badan dunia itu kerana menggesa beliau menamatkan gelombang pembunuhan dalam kempen antidadahnya.

Setiausaha Luar Perfecto Yasay berkata kenyataan Encik Duterte itu "ialah satu kenyataan yang melahirkan rasa hampa dan kekecewaan tidak terhingga".

"Kami komited pada PBB walaupun banyak kekecewaan kami terhadap agensi antarabangsa itu," kata Encik Yasay dalam satu sidang media. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.