Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina 'kian jadi kawasan pembiakan ISIS'

Dec 23, 2015 | 11:59 AM



MANILA: Filipina kian menjadi kawasan pembiakan pejuang Islam yang ingin menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), menurut laporan perisikan baru-baru ini.


Sebuah video selama tiga minit yang disiarkan pada Ahad (20 Dis) menunjukkan sekumpulan lelaki, kebanyakannya berpakaian hitam dan dengan bendera ISIS sebagai latar belakang, membujuk umat Islam supaya pergi ke Syria dan berjuang untuk ISIS.


Seorang jurucakap berkata mereka anggota Ansar Khalifa Filipina, sebuah kumpulan yang dipercayai melindungi sekurang-kurangnya tiga pelampau Tenggara Asia yang kembali selepas berjuang dengan ISIS di Syria.


Video itu juga menunjukkan rakaman apa yang kelihatan seperti kem latihan di tengah-tengah hutan di suatu tempat di pulau Filipina, selatan Mindanao.


Berpuluh-puluh orang membawa senapang dan pelancar bom tangan boleh dilihat memanjat tembok setinggi enam meter, berayun di palang dan merangkak di bawah wayar berduri di jalan tanah, sedang orang lain melepaskan tembakan peluru hidup di atas kepala mereka.


Jurucakap kumpulan itu menggesa umat Islam supaya berperang menentang "orang kafir".


"Jika anda boleh, saudaraku, letak bahan letupan di kenderaan dan rumah mereka, atau racun sumber air dan makanan mereka," katanya.


"Bunuh mereka, bunuh mereka semua di mana sahaja mereka berada. Luzon, Visayas atau Mindanao."


Bagaimanapun, Penasihat Keselamatan Negara Filipina, Encik Cesar Garcia, menolak kononnya ada kem latihan di negara itu dan berkata ia tidak lebih daripada propaganda, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (23 Dis)


"ISIS tidak mempunyai kem latihan di Filipina," katanya.


Respons beliau itu mengulangi pandangan tentera bahawa kemungkinan kehadiran ISIS di Filipina "sangat terpencil, sangat kecil".


Namun, bagi pakar keselamatan serantau Richard Javad Heydarian dari Universiti De La Salle, Filipina "perlu berhenti meremehkan dan mengambil sikap acuh ke arah terhadap potensi ISIS berkembang di Mindanao".


Terdapat bukti yang menunjukkan ISIS telah mempunyai akar yang mendalam di kalangan beberapa kumpulan militan di Mindanao.


Minggu lalu, tentera mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Mohammed Najib Husen, antara 26 penyamun kumpulan militan Filipina, Abu Sayyaf, yang terbunuh dalam operasi tentera di wilayah Basilan, di selatan Filipina.


Pemilik kedai runcit itu antara tiga rakyat Malaysia yang melarikan diri ke Filipina untuk berlatih dengan Abu Sayyaf dan merekrut pejuang agi ISIS.


Bulan lalu, pegawai keselamatan dilaporkan membunuh lapan militan Islam, termasuk warga Indonesia, Ibrahim Alih, yang juga digelar Abdul Fatah, yang dikaitkan dengan serangan nekad ke atas Kedutaan Australia di Jakarta pada 2004.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >