Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina lapor kes pertama Zika sejak 2012

Mar 07, 2016 | 10:50 AM



MANILA: Filipina telah melaporkan kes Zika - yang dikaitkan kepada ribuan kecacatan bayi baru lahiar di Amerika Latin - pertama di negara itu sejak 2012.

Memetik laporan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Setiausaha Kesihatan Janette Garin memberitahu pemberita pada Ahad (6 Mac) bahawa seorang rakyat Amerika didapati positif Zika selepas melawat Filipina selama empat minggu pada Januari.

"Sekarang, kami sedang menyelras dengan CDC itu bagi profil pesakit tersebut, termasuk maklumat mengenai tempat yang elawat di Filipina," kata Dr Garin, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin.

Kebimbangan utama ialah mengenai kemungkinan kaitan virus bawaan nyamuk itu dengan microcephaly, iaitu satu masalah kesihatan yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan kepala luar biasa kecil dan, dalam kebanyakan kes, rosak otak.

Kes sah Zika terakhir di Filipina ialah pada Mei 2012, melibatkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di bandar Cebu, 572 km ke selatan Manila.

Pesakit itu pada mulanya disangka dijangkiti denggi atau chikungunya. Dia pulih selepas tiga minggu, dengan mengambil hanya acetaminophen.

Sebuah buletin CDC sebelum ini berkata virus jenis itu mungkin diperkenal di Filipina sebelum 2012 tetapi tidak dikesan sebelum ini.

Zika, denggi dan chikungunya semuanya dibawa nyamuk Aedes aegypti.

Dr Garin berkata langkah-langkah di luar apa yang Kementerian Kesihatan telah laksana tidak perlu setakat ini.

"Kami mengulangi bahawa kebersihan masih kunci bagi penyakit bawaan nyamuk. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >