Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina larang bersiul kepada wanita

Jul 16, 2019 | 09:36 AM



MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah menandatangani satu undang-undang baru yang melarang perbuatan bersiul dan gangguan berdasarkan jantina lain terhadap wanita dan anggota masyarakat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).



Dokumen yang dikenali sebagai Akta Jalan Raya dan Ruang Awam Selamat itu ditandatangani April lalu namun hanya didedahkan kepada media semalam (15 Julai).



Di bawah undang-undang itu, mereka yang melakukan tindakan atau mengucapkan komen berunsur seksual yang tidak diingini mahupun diundang di tempat awam termasuk bersiul boleh dikenakan denda yang berat.



Sesiapa yang melakukan gangguan seksual di dalam talian pula boleh dipenjara atau didenda antara 100,000 peso ($2,656) dengan 500,000 peso ($13,286), atau kedua-duanya sekali.



Warga asing yang melakukan gangguan seksual di dalam talian juga akan dihantar pulang ke negara asal mereka selepas menjalani hukuman penjara dan membayar denda. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >