Filipina sahkan kes kedua Mers

MANILA - Filipina hari ini mengesahkan kes kedua Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) apabila seorang warga asing berusia 36 tahun menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut selepas tiba dari Manila dari Dubai pada 19 Jun lalu.

Lelaki tersebut telah dimasukkan ke hospital pemerintah pada 4 Julai lalu dan diletakkan di bawah pemerhatian, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Lyndon Lee-suy, sambil menambah pengesanan kontak kini sedang dijalankan untuk mencegah penyakit tersebut dari merebak.

Keadaan pesakit tersebut, yang telah mengunjungi Arab Saudi, semakin baik dan tiada jangkitan diketahui merebak kepada yang lain, kata jurucakap itu.

Kes pertama Filipina berlaku pada Januari lalu bila seorang jururawat Filipina yang bekerja di Arab Saudi dijangkiti Mers namun beliau pulih daripadanya.- REUTERS

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.