Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina terus alih ke arah China walau Trump menang: Duterte

Nov 11, 2016 | 11:19 AM



MANILA: Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan pada Jumaat (11 Nov) beliau akan terus mengalihkan Filipina ke arah China walaupun Encik Donald Trump menang dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat.



Pada taklimat awal pagi di Davao, Encik Duterte berkata walaupun Amerika akan kekal sebagai rakan dan sekutu, dasar luar Filipina kini menjurus ke arah China dan Asean.



"Saya akan meneruskan apa yang saya telah mulakan," ujarnya, selepas pulang daripada lawatan negara ke Malaysia.



"Perkongsian saya dengan China dan seluruh Asean akan kekal. Bukan tabiat saya memungkiri kata-kata saya."



Encik Duterte menyifatkan dirinya "hanya molekul kecil di planet ini" berbanding Encik Trump. "Beliau kini presiden negara paling berkuasa di dunia," katanya. "Persamaan yang kami kongsi ialah semangat untuk berkhidmat."



Dalam lawatan negara ke China bulan lepas, Encik Duterte mengumumkan "pemisahan" rasmi dari Amerika dan berkata beliau mahu berpangsi ke China dan Russia, sekali gus melebarkan perpecahan dengan sekutu keselamatan terbesar Filipina itu.



Sejak mengangkat sumpah sebagai presiden pada Jun, beliau telah berikrar akan menamatkan latihan tentera bersama Amerika, menggesa tentera Amerika meninggalkan pulau selatan Mindanao, dan menyatakan kepada Presiden Barack Obama "pergi jahanam".



Namun, memandangkan dua negara itu masih terikat dengan beberapa perjanjian, termasuk perjanjian pertahanan bersama, Encik Duterte berkata Filipina akan "mengekalkan kerjasama kami" dengan Amerika.



Tetapi dalam satu kenyataan pada Rabu, Encik Duterte berkata beliau berharap untuk meningkatkan hubungan Filipina-Amerika di bawah pentadbiran Trump, sambil menambah mereka "berlandaskan saling menghormati, saling menguntungkan dan berkongsi komitmen pada ideal demokrasi dan kedaulatan undang-undang". - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >