MANILA: Presiden Rodrigo Duterte semalam mengisytiharkan bahawa beliau akan terus mengalihkan Filipina ke arah China walaupun Encik Donald Trump menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Pada taklimat awal pagi di Davao, Encik Duterte berkata walaupun Amerika akan kekal sebagai rakan dan sekutu, dasar luar Filipina kini menjurus ke arah China dan Asean.