SAN FRANCISCO: Kehilangan 20 kakitangan syarikat Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 telah menimbulkan persoalan tentang sama ada syarikat itu patut membenarkan begitu ramai pekerjanya menaiki pesawat yang sama.
Kehilangan pesawat syarikat Penerbangan Malaysia MH370 masih menjadi misteri sedang usaha mencari membabitkan 10 negara masih gagal menemui serpihan pesawat atau 239 penumpang dan kru di dalamnya.