Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Firma kerajaan China akan labur $2.7b dalam Bandar Malaysia

Mar 22, 2016 | 08:17 AM



KUALA LUMPUR: China Group Railway Limited (CREC), salah sebuah syarikat milik negara terbesar, akan melabur AS$2 bilion ($2.72 bilion) untuk membangunkan pusat serantau di Bandar Malaysia, projek milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibelenggu skandal.



Presiden CREC, Encik Zhang Zongyan, mengumumkan pada Isnin (21 Mac) rancangan membina kompleks pejabat bersepadu di Bandar Malaysia untuk menjadi hab bagi syarikat berbilang negara.



Bagaimanapun, syarikat itu tidak mendedahkan sembarang maklumat lanjut mengenai pelaburannya, dengan Pengarah Urusan CREC, Encik Cai Zemin, berkata kerja sedang berjalan.



Bandar Malaysia akan dibina di atas tapak bekas lapangan terbang tentera Sungai Besi, yang terletak tiga kilometer ke barat daya segi tiga emas Kuala Lumpur.



Semasa majlis pelancaran itu di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji Cina kerana bergerak cepat hanya tiga bulan selepas menandatangani perjanjian untuk membangunkan tapak itu.



"Kami menjangka Bandar Malaysia menjadi pusat Asean bagi syarikat berbilang negara dari seluruh dunia," katanya.



Bandar Malaysia juga akan berfungsi sebagai pintu masuk Malaysia kepada dunia melalui kereta api berkelajuan tinggi (HSR) ke Singapura dengan sambungan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi, dan Kereta Api Seluruh Asean yang dicadangkan ke Bangkok dan seterusnya.



Encik Cai berkata syarikat itu berminat membida bagi HSR tetapi sedang menunggu Singapura dan Malaysia menjemput tender.



Pelan tindakan pembangunan Bandar Malaysia termasuk bandar bawah tanah serupa di Montreal, Canada, dengan pembangunan bercampur merangkumi pusat kewangan dan perdagangan, pelancongan dan beli-belah, taman tema tertutup, sebuah kampung budaya dan teater bertema.



Pada Disember lalu, 1MDB menjual 60 peratus daripada Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada CREC dan IWH, yang berpangkalan di Johor, sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi mengurangkan hutangnya.



Baki 40 peratus dipegang oleh 1MDB, syarikat mili oleh Kementerian Kewangan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >