KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah hingga 20,000 tong sehari (bpd) daripada purata pengeluaran tahun ini bermula Januari tahun depan.
Dalam satu kenyataan semalam, syarikat minyak nasional itu berkata pelarasan secara sukarela itu mengambil kira keadaan dan prospek pasaran semasa.