Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

G-7, negara Teluk ikrar $2.6b bagi usaha PBB bantu pelarian

Sep 30, 2015 | 01:38 PM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (NEW YORK): Kumpulan ekonomi utama G-7 dan negara-negara Teluk menjanjikan pembiayaan sebanyak AS$1.8 bilion ($2.57 bilion) pada Selasa (29 Sept) untuk agensi bantuan PBB yang sedang membantu pelarian Syria.


Komitmen itu dibuat selepas Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki Moon, memberitahu pemimpin dunia pada perasmian perbahasan Perhimpunan Agung bahawa agensi bantuan kemanusiaan badan dunia itu "bankrap".


"Kami telah bersetuju untuk menyediakan bersama-sama AS$1.8 bilion untuk pertubuhan bantuan antarabangsa PBB, terutama agensi pelarian PBB dan Program Makanan Sedunia," kata Menteri Luar Jermab, Encik Frank-Walter Steinmeier, kepada pemberita.


Ikrar itu diumum selepas mesyuarat menteri luar G-7 - Britain, Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun dan Amerika Syarikat - dengan rakan mereka dari Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan menteri lain dari Eropah.


PBB sedang berusaha keras untuk membantu kira-kira 60 juta orang yang disesarkan oleh konflik, jumlah tertinggi sejak akhir Perang Dunia Kedua.


Empat juta orang telah melarikan diri daripada perang di Syria, dengan ratusan ribu pergi ke Eropah untuk cuba membina semula kehidupan mereka. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >