Gabenor bank pusat Bangladesh letak jawatan dek rompakan $112j

DHAKA: Gabenor bank pusat Bangladesh, Encik Atiur Rahman, berkata pada Selasa (15 Mac) beliau telah meletak jawatan selepas AS$81 juta ($111.6 juta) dirompak daripada akaun bank itu di New York Fed dalam satu rompakan siber terbesar dalam sejarah.

Encik Atiur memberitahu agensi berita Reuters bahawa Perdana Menteri Sheikh Hasina telah menerima peletakan jawatan beliau.

Penggodam tidak dikenali menggodam sistem kumputer Bangladesh Bank dan memindahkan AS$81 juta daripada akaunnya di Bank Rizab Federal New York ke kasino di Filipina antara 4 dan 5 Feb. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 71
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.