KUALA LUMPUR: Cik Nurjehan Mohamed, 37 tahun dan suami, Encik Aref Omar, 39 tahun, secara bersama mempunyai pendapatan bulanan RM8,000 sebulan ($2,632) - iaitu lebih tinggi berbanding purata pendapatan nasional isi rumah sebanyak RM6,141, menurut data Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
Namun, mereka berdua mendapati sukar menyimpan RM100 sebulan walaupun mempunyai hanya seorang anak yang belum memulakan persekolahan, lapor Malay Mail semalam.