Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gambaran ngeri, menakutkan sekitar hospital Gaza yang diserang Israel

Feb 21, 2024 | 01:22 PM



RAFAH (Jaluran Gaza): Bunyi tembakan bergema di sekitar kemudahan perubatan Palestin, pesakit dan orang awam yang dipindahkan, dalam keadaan apa yang mereka sifatkan sebagai pemindahan malam yang menakutkan dan huru-hara dari Hospital Nasser di Gaza selepas ia diserang tentera Israel.


Mereka yang terselamat daripada serangan minggu lalu ke atas hospital kedua terbesar di Gaza itu berkata mereka berdepan dengan perjalanan bahaya melalui suasana kegelapan dengan mayat-mayat terbujur di sepanjang jalan.

Seorang doktor menyatakan seorang jururawat lelaki telah ditahan di pusat pemeriksaan Israel, dibogelkan dan kemudian dibawa pergi sambil menjerit-jerit.

“Asap kelihatan di mana-mana, ia seperti hari kiamat, orang berlari tanpa tujuan,” kata Dr Ahmed al-Mughraby, ketua bahagian pembedahan plastik yang melarikan diri bersama isteri dan anak-anaknya.

Dr Mughraby, yang telah mencari perlindungan bersama keluarganya berhampiran hospital lain, berkata tentera Israel telah mengarahkan semua orang berpindah kecuali pesakit yang tidak boleh berjalan dan pegawai perubatan yang menjaga mereka.

Butiran serangan tentera ke atas Hospital Nasser terdedah ketika orang-orang yang melarikan diri atau dipindahkan tiba di Rafah, tempat terakhir yang agak selamat di Jaluran Gaza, kira-kira 10 kilometer di sempadan dengan Mesir.

Israel menyifatkan serangan itu sebagai operasi jitu, yang dijalankan pasukan khasnya dan bertujuan mendapatkan semula mayat tebusan Israel.

Tetapi serbuan itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan agensi bantuan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jumlah kerosakan itu “tidak dapat dijelaskan”.

WHO telah melakukan dua pemindahan dari Hospital Nasser sejak minggu lalu tetapi berkata pada 20 Februari bahawa ia bimbang tentang hampir 150 pesakit dan doktor yang berada di situ, sedang pertempuran berterusan.

Selepas mengepung hospital itu, tentera Israel memasukinya pada 15 Februari lalu dan berkata mereka telah menahan ratusan militan yang bersembunyi di sana dengan beberapa menyamar sebagai kakitangan hospital.

Militan Hamas menafikan dakwaan menggunakan hospital itu dan menyebut dakwaan Israel sebagai satu “pembohongan”.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata Israel telah menahan 70 kakitangan dan sukarelawan yang bekerja di pusat perubatan itu.

WHO menyatakan hospital itu berhenti berfungsi pada minggu lalu selepas pengepungan dan serbuan Israel, dan tidak lagi mempunyai bekalan elektrik atau air, dengan sisa perubatan dan sampah menjadi tempat pembiakan penyakit. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >