Gedung 5 bintang tapi kurang peniaga Melayu

KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah bertaraf lima bintang yang mempunyai lembaga pengarah yang merupakan orang Melayu namun hanya sedikit kedai di dalamnya dimiliki oleh orang Melayu.

Perwakilan Perak, Datuk Mohd Radzi Manan, berkata, lembaga pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang terdiri daripada orang Melayu yang mempunyai kepentingan di pusat beli-belah itu, tidak menyediakan peluang secukupnya kepada orang Melayu untuk membuka perniagaan mereka di sana.

"Ini adalah pusat beli-belah bertaraf lima bintang tetapi saya tidak lihat mana-mana kedai yang dimiliki oleh orang Melayu?

"Di mana orang Melayu? Hanya di pusat beli-belah "tiada bintang"," katanya kepada perwakilan ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno di sini, hari ini, Jumaat.

Beliau berkata, ketua korporat Melayu yang kini "duduk di kerusi besar" tidak harus lupa bahawa Umno yang meletakkan mereka di sana, lapor Mstar Online tadi.

"Kepada lembaga pengarah Melayu, jangan duduk di kerusi tinggi anda dan mendiamkan diri. Perjuang kepentingan Umno, Melayu dan Islam," katanya.

Datuk Mohd Radzi turut membidas beberapa pemimpin Umno yang memberikan projek kepada kontraktor Cina dan mengabaikan orang Melayu.

"Dulu nak undi cari Melayu, tapi lepas pilihan raya umum cari kapitan Cina... Sekarang warlord kita cari kapitan Cina.

"Memujuk pengundi Cina seperti menyiram air ke padang pasir. Cucur banyak mana pun, ia akan menyerap. Pengundi Cina tak akan bertambah. Umno mesti balik kepada bangsa sendiri. Mari kita kenal pasti pengundi Melayu bumiputera," jelasnya lagi.

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiu, Terengganu, Encik Mohd Iskandar Jaafar meminta kerajaan meneliti realiti kehidupan rakyat berpendapatan rendah terutamanya di luar bandar dan tidak hanya berbangga dengan statistik berhubung peningkatan pendapatan isi rumah yang dikeluarkan agensi tertentu.

Beliau berkata hakikatnya, statistik itu tidak melambangkan kehidupan sebenar rakyat kerana masih ramai yang hidup kais pagi makan pagi, lapor Berita Harian Online semalam.

"Walaupun kita sudah bekerja bertungkus lumus, kadang-kadang kita rasa sedih...tiba-tiba keluar dalam surat khabar, di kaca televisyen, purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia meningkat RM5,900 ($2295), amboi...

"Betullah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 kita kena ada statistik yang menunjukkan kita bergerak "in progress" (di landasan yang betul) tetapi bila rakyat dengar mereka tanya pendapatan ini pendapatan siapa?" katanya. - Agensi berita.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.