Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gelombang haba di beberapa negara Eropah ragut lebih 20,000 nyawa

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Gelombang haba di Perancis, Jerman, Sepanyol dan Britain telah mengakibatkan lebih 20,000 kematian, menurut laporan rasmi yang diumumkan kelmarin.



Suhu mencecah hampir 40 darjah Celsius atau lebih, dari Paris ke London pada 2022, dan para saintis iklim dari kumpulan Atribusi Cuaca Sedunia mendapati bahawa suhu tinggi seperti itu "mustahil berlaku" kalau tidak kerana adanya fenomena perubahan iklim.



Gelombang haba pada 2003 mengakibatkan lebih 70,000 kematian di merata Eropah, sebahagian besarnya di Perancis, dan menyebabkan banyak negara melaksanakan langkah-langkah seperti sistem amaran awal, mengarahkan supaya saling menjenguk satu sama lain dan membuka sekolah-sekolah yang berhawa dingin.



Langkah ini dan beberapa rancangan yang berkaitan mungkin dapat meringankan kesan gelombang haba 2022, tetapi angka kematian masih "lebih tinggi daripada yang dijangkakan," kata Cik Chloe Brimicombe, seorang penyelidik gelombang haba di University Graz, di Austria.



"Saya menyifatkan ini... gelombang haba yang paling buruk sejak 2003," katanya kepada agensi berita Reuters.



Walaupun pihak berkuasa tidak menyebut kebanyakan kematian adalah akibat gelombang haba, namun para ahli statistik menggunakan kaedah paras haba yang tinggi untuk menentukan berapa ramai lagi orang yang mati dalam tempoh tertentu berbanding pada masa sebelumnya.



Haba boleh membunuh apabila berlaku gangguan pada sistem saraf, mengakibatkan kerosakan otak, ginjal dan lain-lain organ, tetapi ia juga boleh menyebabkan terjadinya serangan jantung atau masalah pernafasan.



Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia berkata bahawa pada November, Eropah mengalami cuaca panas dua kali lebih kerap, berbanding lain-lain bahagian di dunia sejak tiga dekad lalu.



Sementara Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus, pula berkata musim panas 2022 adalah yang paling panas pernah dicatatkan.



Perancis melaporkan kira-kira separuh daripada jumlah kematian akibat haba berlebihan adalah di Eropah Barat, iaitu 10,420 kematian.



Kematian akibat haba berlebihan ini mencapai 3,271 di England dan Wales, semasa musim panas, menurut laporan Pejabat Statistik Kebangsaan Britain.



Sepanyol pula mencatatkan 4,655 kematian antara Jun dan Ogos, sementara agensi kesihatan Jerman melaporkan 4,500 kematian. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >