SYDNEY: Panahan kilat sabung-menyabung menyebabkan lebih 250 kejadian kebakaran di tenggara Australia malam kelmarin, sedang kakitangan bomba berhempas pulas memadamkan api dalam negara yang sedang dilanda gelombang panas itu.
Di Victoria - di mana kejadian kebakaran yang membawa bencana pernah mengorbankan 173 nyawa penduduknya dan memusnahkan lebih 2,000 rumah pada 2009 - usaha sedang ditumpukan kepada menangani kira-kira 20 kebakaran di wilayah itu.