TOKYO: Satu gempa bumi dasar laut kuat dengan magnitud 6.4 melanda tenggara Tokyo pada pagi Jumaat (23 Sept), umum Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii.
Agensi cuaca Jepun berkata mungkin terdapat sedikit perubahan dalam paras laut tetapi tiada kerosakan di Jepun.
Pusat gempa itu 226km di tenggara Tokyo pada kedalaman cetek 10km, kata USGS. - Reuters