Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa besar 7.2 melanda berhampiran Vanuatu

Aug 12, 2016 | 12:12 PM



SYDNEY: Satu gempa bumi besar sekuat 7.2 pada skala Richter melanda kira-kira 535km ke tenggara negara kepulauan Selatan Pasifik Vanuatu pada pagi Jumaat (12 Ogos), kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ia mencetuskan amaran tsunami tempatan ringkas, tetapi tiada laporan awal mengenai kecederaan atau kerosakan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran bagi kawasan berhampiran gempa tersebut, walaupun tidak ada ancaman bagi keseluruhan Pasifik, kata pusat berpangkalan di Hawaii itu.

Gempa cetek itu diukur pada kedalaman kira-kira 10 kilometer.

Ia mulanya didaftarkan sekuat 7.6 tetapi kemudian diturunkan. Amaran tsunami, merangkumi kawasan pantai di Vanuatu, New Caledonia dan Fiji, dibatalkan kemudiannya.

Gempa kuat itu mencetuskan sekurang-kurangnya satu gempa susulan, sekuat 5.4, kata USGS. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >