Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa bumi lemah di Sabah

Gempa berukuran 4.0 pada skala Richter landa Ranau
Aug 26, 2016 | 02:26 PM



KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter melanda Ranau, dekat sini, pada 9.39 pagi tadi (26 Ogos), menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.



Menurut kenyataan jabatan itu, pusat gempa itu terletak di 16km barat dari Ranau dan gegaran dirasai di kawasan itu.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Encik Jimmy Lagung, berkata setakat ini pihaknya belum menerima apa-apa laporan berhubung kerosakan harta benda berikutan gempa bumi itu.



"Walaupun tidak menerima sebarang laporan kita sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa.



"Sejurus menerima apa-apa laporan kita akan terus menghantar anggota ke lokasi untuk membuat tindakan susulan," katanya kepada pihak media.



Jimmy berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini, terutamanya gempa bumi. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >