Gempa Chile: Angka korban kini 11 orang, kerja pembersihan dimulakan

TONGOY (Chile): Penduduk mencari-cari di celah-celah puing pada Khamis (17 Sep) bagi menyelamatkan apa yang boleh diselamatkan dari rumah mereka yang musnah akibat gempat bumi juat di kawasan tengah Chile.

Angka korban gempa 8.3 pada skala Richter itu, yang melanda pada Rabu lalu, meningkat kepada 11 orang, sementara satu juta penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Ia gempa bumi paling kuat di dunia tahun ini dan yang terkuat di Chile sejak 2010. Namun, beberapa penduduk berasa lega kerosakan yang ditimpakannya tidak begitu besar.

Bandar pelabuhan Coquimbo, di mana ombak setinggi 4.5 meter memukul pantai, telah diisytiharkan sebagai kawasan darurat oleh pemerintah Chile bagi mempercepat bantuan dihantar dan anggota tentera membuat rondaan demi memastikan keselamatan dan mencegah penjarahan.

Ada kapal menangkap ikan besar terdampar di jalan raya di Coquimbo.

President Michelle Bachelet memberitahu pemberita jumlah korban tidak begitu tinggi walaupun gempa tersebut kuat kerana pemerintah dengan segera memerintah pemindahan dari kawasan pantai selepas ia melanda.

Semasa gempa sekuat 8.8 pada skala Richter pada 2010, pihak berkuasa bertindak lambat untuk memberi amaran tsunami dan lebih 500 orang terbunuh.

Amaran tsunami ditarik balik pada pagi Khamis, dan kerja pembersihan telah dimulakan.

Chile terletak dalam zon gempa dan sering mengalami bencana itu. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.