Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa kuat landa Taiwan

Feb 07, 2018 | 05:12 PM



TAIWAN: Gempa bumi kuat melanda Taiwan menyebabkan sekurang-kurangnya empat terbunuh dan lebih 200 orang cedera.



Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud berlaku sekitar 11.50 malam semalam, sepanjang 20 kilometer di pesisiran kepulauan bahagian pantai timur.



Sebuah bangunan runtuh sehingga menyebabkan mangsa terperangkap di dalamnya.



Pasukan kecemasan telah menyelamatkan seramai 150 orang yang berada di sebuah hotel dan kediaman tinggi sebelum bangunan itu runtuh.



Kebanyakan bangunan tinggi rosak termasuk hospital.



Sebanyak 40,000 rumah kini tanpa bekalan air, manakala jalan raya dan jambatan ditutup.



"Kami tahu masih ada orang yang terkurung di dalam - kami dapat lihat cahaya lampu dari dalam hotel.



"Mereka menggunakan cahaya lampu telefon bimbit untuk memberi isyarat," kata seorang mangsa yang terselamat.



Menurut agensi kebakaran negara, sebuah hotel dan blok kediaman antara yang paling teruk terjejas dalam gempa bumi di pelabuhan bandar Hualien berkenaan.



Sementara itu, pemerintah Singapura bersedia menawarkan bantuan jika diperlukan pihak Taiwan.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya hari ini berkata pemerintah turut bersedih akan kehilangan nyawa dan kerosakan yang disebabkan gempa bumi dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas oleh bencana itu.



Pada masa sama, MFA melaporkan tiada warga Singapura yang cedera dalam gempa bumi itu.



MFA turut mendapati semua warga Singapura yang mendaftar di Hualien selamat.



Menurut MFA, pihaknya akan terus memantau keadaan untuk memberi bantuan yang diperlukan kepada mana-mana warga Singapura yang terlibat.



Warga Singapura di kawasan terjejas dinasihatkan supaya menjauhi lokasi yang rosak teruk, memantau berita tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular harus menghubungi Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei di +886 2-2772 1940 / +886 953 532 638 atau Pejabat Tugasan MFA 24 jam di +65 6379 8800/8855.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >