Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 6 orang dipercayai maut dek gempa di Italy

Aug 24, 2016 | 11:36 AM



ROM: Gempa bumi kuat meruntuhkan  bangunan di tengah Italy pawa  awal pagi   Rabu (24 Ogos),   memerangkap penduduk dan membuat yang  lain melarikan diri ke jalan-jalan raya, dengan sekurang-kurangnya enam orang  dipercayai terbunuh.



Jurucakap Jabatan Bomba Luca Cari berkata   helikopter akan dihantar     untuk menilai kerosakan.

Datuk Bandar Accumoli berkata beberapa bangunan  rosak teruk.



“Empat orang berada di bawah runtuhan, tetapi mereka tidak menunjukkan sembarang tanda masih hidup. Ibu bapa dan dua orang anak,” kata Datuk Bandar Stefano Petrucci kepada televisyen RAI.



RAI memetik polis sebagai berkata dua orang diketahui telah meninggal dunia di kampung berhampiran di Pescara del Tronto.



Datuk Bandar sebuah bandar kecil, Amatrice, melaporkan kerosakan besar. “Separuh bandar ini  hilang,” Sergio Pirozzi memberitahu RAI. “Ada orang di bawah runtuhan ... Ada  tanah runtuh dan jambatan mungkin roboh.”



Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa sekuat  6.2 pada skala Richter itu  melanda berhampiran bandar Norcia, di rantau Umbria, pada 3.36 pagi (9.36 pagi  waktu Singapura).



Agensi perlindungan awam Italy  berkata gempa  itu “teruk”. “Ia  begitu kuat. Katil seolah-olah bergerak   dengan sendirinya di dalam bilik dengan kami di atasnya,” kata Cik Lina Mercantini dari  Ceselli, Umbria.



Penduduk di Rom, sekitar  170km dari pusat gempa itu,   dikejutkan daripada tidur oleh gempa  tersebut, yang menggegarkan    perabot dan membuat  lampu melayang-layang di  kebanyakan kawasan tengah Italy.



Satu  gempa susulan sekuat 5.5  melanda wilayah  sama satu jam selepas gempa  awal.



Jurucakap Perdana Menteri Matteo Renzi berkata di Twitter  kerajaan  sentiasa berhubung dengan agensi perlindungan awam dan mengikuti keadaan dengan teliti.



Gempa  besar terakhir  melanda  Italy di   tengah bandar L’Aquila pada  2009,  membunuh lebih  300 orang.  – Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >