BAITULMAKDIS: Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan selama 24 jam selepas pasukan perunding damai Palestin dan Israel bersetuju melanjutkan gencatan senjata selama lima hari, beberapa minit sebelum ia berakhir tengah malam kelmarin.
Seorang pegawai Palestin berkata kedua-dua pihak bersetuju melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam bagi membolehkan rundingan yang ditaja Mesir melanjutkan perbincangan mereka bagi memeterai perdamaian jangka panjang.