Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Geng klon kad kredit di Pulau Pinang dilebur

Jul 12, 2016 | 11:56 AM



GEORGE TOWN: Enam lelaki menempah dua suite di sebuah hotel lima bintang di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, pada kadar kira-kira RM500 ($170) setiap bilik semalam, dan menjadikannya pangkalan untuk membuat kad kredit klon.



Perbuatan mereka terbongkar apabila seorang wakil hotel yang mengesyaki sesuatu, membuat laporan polis.



Kesemua lelaki rakyat Malaysia itu ditangkap dalam satu serbuan polis pada kira-kira 11.15 pagi Jumaat (8 Julai) lalu.



Ketua Polis Daerah (OCPD) George Town, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Mior Faridalathrash Wahid, berkata pada Isnin (11 Julai) mereka berusia antara 28 dan 33 tahun dan semuanya penganggur.



Menurut beliau, polis menemui beberapa mesin yang digunakan untuk membuat kad klon, dua komputer riba, 427 jalur magnet kad Visa dan MasterCard palsu pelbagai bank luar negara, lapan telefon bimbit, dua kad pengenalan Hong Kong, satu kad pengenalan Singapura, 12 slip bank komersial dan 46 kad akses bilik hotel semasa serbuan.



"Siasatan awal mendapati suspek bekerja bersama sindiket asing untuk mendapatkan butir pemegang kad kredit sedia ada sebelum mengekod dan menulis butiran mereka pada kad palsu.



"Mereka kemudian menggunakan kad kredit itu untuk membuat pembelian di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, dan juga untuk membayar bagi penginapan hotel mereka.



"Untuk membuat transaksi mereka licin dan mengelakkan sebarang pertanyaan, suspek turut mempunyai kad pengenalan palsu, yang mereka tunjukkan apabila ditanya tentang kewarganegaraan mereka."



ACP Mior berkata semua caj transaksi dikenakan ke atas pemegang kad sebenar, tetapi polis Pulau Pinang belum menerima sembarang laporan daripada mangsa kerana mereka semua dipercayai warga asing.



"Kami sedang menyiasat jumlah kerugian terlibat dan akan menghubungi pembekal perkhidmatan kad kredit untuk mendapatkan butir-butir mangsa."



Beliau berkata suspek ditahan reman hingga Selasa bagi membantu siasatan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >