Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Geng muda lawan ‘legend’ kampung di Riau; pasukan makcik bola tampar ‘bukan kaleng-kaleng’

Nov 09, 2023 | 03:03 PM



Pasukan bola tampar “ibu-ibu” berbaju butterfly dan selipar dari Indonesia ini bukan kaleng-kaleng ya!


Dalam satu video tular dimuat naik seorang penduduk Riau, Sumatera, pada Isnin, ia menunjukkan sekumpulan makcik kampung berpakaian baju rumah yang sedang bertanding dengan satu pasukan wanita muda berpakaian jersi.

Apa yang menarik dalam video TikTok yang ditonton lebih 3.2 juta kali itu adalah cara makcik-makcik tersebut bertahan dalam permainan itu.







Daripada melakukan ‘spike’ diikuti serangan teratur dan rapi kepada mengekang serangan ‘smash’ daripada pesaing muda, nampaknya usia atau pilihan pakaian bukan satu hambatan untuk menjadi handal dalam permainan ini.

Jadi bukan satu kejutan, video ini turut digelar sebagai perlawanan antara ‘pemain’ dengan ‘legenda’.

Video yang disunting dengan gaya ‘slow motion’ itu juga menunjukkan bagaimana kumpulan ibu-ibu itu mempertahankan kedudukan mereka dalam permainan itu.

Mereka meletakkan diri mereka dalam posisi yang strategik, bergerak dengan pantas dan dengan sekelip mata, membatalkan sebarang serangan yang dilempar daripada pasukan pemuda itu.

Akhirnya, dalam rakaman tersebut, meskipun kumpulan muda itu berjaya menampilkan prestasi baik dan menahan serangan daripada kumpulan makcik, mereka menyampaikan bola terlalu kuat hingga terkeluar dari gelanggang, lantas memberi mata kepada kumpulan ‘legenda’ yang berumur lebih tua itu.







Apabila dihubungi Berita Harian, Encik Eko Evendri, 31 tahun, yang memiliki akaun TikTok itu berkata, kumpulan makcik-makcik itu merupakan pasukan bola tampar yang mewakili kampungnya, Desa Sungai Liti, di provinsi Riau.


Usia peserta pasukan itu berada dalam lingkungan 40-an tahun, namun ada yang masih muda.

Pertandingan itu berlangsung minggu lalu, katanya, namun beliau tidak ingat tarikh tetapnya.

Pasukan yang muda itu pula, dianggotai peserta Sekolah Menengah Atas (SMA) berusia antara 17 dengan 20 tahun.

Mereka berasal dari sebuah kampung berhampiran, Desa Bukit Betung, kata Encik Eko, seorang kakitangan sekolah dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di sebuah Sekolah Dasar (SD) – persis Sekolah Rendah di sini.







Namun, dalam perlawanan tersebut, pasukan “ibu-ibu” itu didapati tewas dengan skor 3-1.

“Sering ibu-ibu itu selalu memang, dan tidak selalu kalah,” kata Encik Eko.

Beliau menambah, mereka sering bertemu dalam pertandingan antara kampung, katanya kadang kala sekali seminggu atau satu kali dalam setiap empat hari.

Encik Eko yang memiliki saluran tersendiri di YouTube sering memuat naik perlawanan sukan di kampungnya termasuk permainan sepak takraw.

Menurutnya, terdapat ramai juga pemain ‘legenda’ lain yang meskipun sudah berumur, masih aktif bertanding dan bersukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >