KUALA LUMPUR: Bekas pelajar Universiti Oxford yang pernah digelar genius Matematik, Sufiah Yusof (gambar), mengakui beliau kini bukan lagi seorang yang pintar dan tidak berduit.
"Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti," kata Sufiah 30 tahun dalam wawancara rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang kelmarin.