Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CUACA SEJUK MUSIM TENGKUJUH

Genting diselimuti kabus, suhu cecah 14 darjah

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



GENTING HIGHLANDS: Dengan suhu menjunam dan kabus tebal menyelimuti, anda akan rasa seperti berada di Eropah pada musim sejuk.



Hakikatnya, anda bukan di Eropah. Sebaliknya, anda mungkin hanya berada di Genting Highlands, kira-kira sejam perjalanan memandu dari Lembah Klang.



Pengunjung dan pelancong berkumpul di sini pada hujung minggu untuk menikmati suasana 'musim sejuk' di negara tropika sambil membeli-belah.



Dengan suhu jatuh serendah 14 hingga 16 darjah Celsius di tanah tinggi itu, ramai warga Malaysia mengambil peluang memakai pakaian musim sejuk yang pasti tidak akan dipakai di rumah pada hari biasa, lapor mStar Online.



Akauntan Encik Alan Kua, 32 tahun, yang datang ke sini dari Kuala Lumpur bersama isteri Cik Hui Nee, juga 32 tahun, dan anak perempuan mereka berusia tiga tahun, Laeticia, berkata mereka memang sukakan cuaca sejuk.



"Memandangkan sekarang cuti hujung minggu, kami rancang datang ke Genting. Kami suka cuaca sejuk dan lebih mudah kami beli-belah dan jalan-jalan. Tahun Baru Cina pun dah dekat. Kami juga berbelanja di sini," katanya kelmarin.



Khamis lalu, Lembah Klang mengalami cuaca paling sejuk dengan suhu mencecah 21 darjah Celsius.



Jabatan Kaji Cuaca berkata fenomena itu berlaku disebabkan oleh kesan angin monsun timur laut yang menyebabkan langit mendung, hujan lebat dan angin sejuk bertiup.



Pegawai polis, Encik Mohd Farhan Jamion, 35 tahun, memandu dari Ipoh bersama isteri Cik Suhanita Hussain, 32 tahun, dan anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun, Muhammad Izz Ferriz.



"Saya sangat sukakan cuaca sejuk. Akhirnya kami boleh menggunakan jaket musim sejuk. Namun, anak saya mengeluh dan berkata cuaca terlalu sejuk," katanya.



Bagi siswa varsiti Pahang M. Tharani, 22 tahun, perjalanan ke sini pada hujung minggu dengan rakan mendamaikan jiwa.



"Kami mahu melepasakan tekanan dan cuaca sangat bagus. Kami akan mencari restoran baru untuk makan-makan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >