Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gerakan ‘Salam 4 Jari’ tular untuk singkir calon Presiden Indo sokongan Jokowi

Feb 04, 2024 | 04:48 PM



Sejak beberapa bulan lalu, tiga calon Presiden Indonesia mula mengemukakan isyarat tangan yang sejajar dengan nombor pendaftaran pilihan raya mereka tetapi gerakan yang dipanggil ‘Salam 4 Jari’ mula tular kini.

Gerakan itu memberi isyarat kepada pengundi untuk memilih calon ‘Nombor 1’, Encik Anies Baswedan atau calon ‘Nombor 3’, Encik Ganjar Pranowo, lapor akhbar The Straits Times.


Kempen ‘Salam 4 Jari’ ini adalah usaha terkini untuk mengetepikan calon ‘Nombor 2’, Encik Prabowo Subianto, yang kini berada di hadapan dan dilihat mendapat sokongan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi).

Presiden Parti Hijau Indonesia, Encik John Muhammad, memulakan kempen pada 25 Januari dengan hantaran Instagram yang menyatakan: “Empat jari, nyatakan pilihan anda untuk mengelakkan Prabowo-Gibran”.

Dalam masa kurang seminggu, akaun Instagram Encik John telah mendapat lebih 15,000 tanda suka atau ‘Like’.

Angkanya lebih tinggi di akaun X (dahulu Twitter), di mana siaran tentang kempen itu yang dimuatnaikkan pengguna @gitapurid sejak 26 Januari telah dilihat lebih 1.4 juta kali, dikongsi lebih 13,000 kali dan disukai sekitar 26,000 warganet.

Encik Prabowo bertanding bersama Datuk Bandar Solo, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang merupakan anak lelaki sulung Presiden Jokowi.

Pencalonan bagi jawatan Naib Presiden Encik Gibran telah mencetus kontroversi, kerana Mahkamah Perlembagaan Indonesia mengeluarkan keputusan khas pada Oktober 2023 yang secara berkesan membenarkannya bertanding walaupun berusia lebih muda dari 40 tahun – umur minimum yang diperlukan untuk bertanding dalam pilihan raya di Indonesia.

Beliau juga dituduh berkelakuan tidak sopan semasa perbahasan rasmi dan juga didapati melanggar undang-undang kempen.

Namun, apa yang sebenarnya mendorong pergerakan ‘Salam Empat Jari’ itu ialah tanggapan ramai bahawa Encik Jokowi campur tangan dalam pilihan raya kali ini dalam usaha mendapatkan sokongan buat anaknya, jelas pemerhati kepada akhbar The Straits Times.


Encik Made Supriatma, felo pelawat Iseas-Institut Yusof Ishak, mendapati Encik Jokowi secara terbuka menyokong dan berkempen untuk calon yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Presiden pada 14 Februari.

Menurut Encik Made, Encik Jokowi kemudian berkata beliau hanya menjawab soalan wartawan yang bertanyakan tentang menteri yang mengambil bahagian dalam perhimpunan kempen pilihan raya.

“Presiden Jokowi juga menegaskan bahawa kata-katanya tidak boleh ditukil luar daripada konteks sambil menunjukkan sekeping kertas besar yang memberi perincian bahawa Presiden dan Naib Presiden dibenarkan mengambil bahagian dalam Kempen Pilihan Raya, mengikut undang-undang Indonesia,” tambah Encik Made.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >