Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Grab benarkan penunggang kerja semula selepas bertengkar di stesen minyak

Jun 24, 2023 | 03:33 PM



JOHOR BAHRU: Grab Malaysia telah membenarkan seorang penunggang untuk bekerja semula selepas digantung khidmatnya kerana terlibat dalam satu pertengkaran dengan dua lelaki warga Singapura di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, baru-baru ini.

Beliau dikatakan telah bersemuka dengan kedua-dua lelaki tersebut pada 16 Jun selepas beliau melihat mereka cuba mengisi tong dengan petrol.

Kejadian itu dirakam dan videonya tular di media sosial.

“Setelah selesai menjalankan siasatan, termasuk perbualan dengan (penunggang) tersebut, kami telah menarik balik penggantungan tugas ke atas beliau,” kata syarikat pengangkutan itu pada Khamis, menurut laporan media Malaysia.

Grab menambah bahawa penunggang itu sedang bekerja ketika kejadian itu berlaku dan syarikat itu turut menerima laporan daripada orang ramai.

Sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga, syarikat itu berkata ia menggantung akaun lelaki itu buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan.

Grab berkata ia telah meminta maaf kepada penunggang itu “jika beliau berasa dilayan secara tidak adil”, sambil menambah bahawa langkah yang kelihatan keras itu adalah perlu kerana keprihatinan berkaitan keselamatan.

Awal dari itu, sebilangan netizen telah berkata di Twitter bahawa mereka akan memboikot Grab Malaysia dan memadam aplikasi itu selepas media tempatan melaporkan bahawa penunggang itu telah digantung tugas.

Penunggang berkenaan berkongsi berita penggantungannya di TikTok pada 21 Jun. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >