ATHENS: Greece meminta bantuan hampir setengah bilion euro ($760 juta) daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam dana kecemasan bagi membantu menempatkan 100,000 pelarian, kata pemerintah Greece, yang memberi amaran bahawa kemasukan pendatang mengancam sumber negara itu yang sedang dilanda krisis.
Jurucakap pemerintah, Cik Olga Gerovassili, memberitahu media bahawa negaranya sudah menyerahkan satu pelan kecemasan bernilai 480 juta euro kepada Suruhanjaya Eropah bagi menangani kira-kira 100,000 pelarian.