Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GSA setempat mahu lebih banyak maklumat tentang visa

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



KELONGGARAN yang diberi kerajaan Arab Saudi bagi membenarkan wanita berusia 25 tahun ke atas masuk ke negara itu menggunakan visa pelancong tanpa memerlukan mahram, belum pasti akan meninggalkan kesan bagi ejen penjualan (GSA) di sini.



Menurut beberapa GSA yang dihubungi Berita Harian (BH), mereka memerlukan lebih banyak maklumat tentang visa tersebut.



Ketika dihubungi, Pengurus Haji/Umrah Hamidah Travels, Encik Shaik Dawood Mohd Yacobb, berkata pihaknya belum memperolehi butiran terperinci tentang pengumuman terkini itu oleh kerajaan Saudi.



"Kami tidak tahu... adakah dengan menggunakan visa pelancong ini, si pemegang visa dibenarkan memasuki kawasan Hijaz seperti Makkah dan Madinah.



"Hal ini belum jelas lagi dan jika seseorang ingin melaksanakan umrah, mereka harus mendapatkan visa umrah yang membenarkan mereka memasuki kawasan Hijaz itu," ujarnya.



Menurut pemilik Ruby Rashid Travel & Tours, Cik Siti Rubiyah Abdul Rashid, beliau juga ingin lebih penjelasan tentang kelonggaran bagi visa pelancong itu.



"Saya nak kepastian sama ada kelonggaran ini akan menjejas wanita berusia 25 tahun ke atas dari Singapura yang ingin menunaikan umrah.



"Kalau ya, baguslah. Ini satu langkah yang baik kerana ramai wanita muda nak tunaikan umrah tapi tidak mempunyai mahram kerana tiada ahli keluarga lelaki, bapa mereka sudah meninggal dunia dan sebagainya," katanya.



Namun, sekiranya kelonggaran itu semata-mata bagi visa pelancong dan bukan bagi urusan umrah, Cik Ruby berkata ia juga satu idea yang baik untuk mempromosikan negara itu sebagai destinasi pelancongan bagi masyarakat setempat.



Encik Shaik Dawood turut berkongsi sentimen yang sama dan berkata syarikatnya akan turut mempromosikan Saudi sekiranya negara itu membuka industri pelancongan mereka.



Pengarah Sha Travel & Tour, Cik Siti Faridahanim Hashim, berkata terdapat potensi mempromosikan Saudi sebagai destinasi pelancongan selain untuk ke sana bagi menunaikan haji dan umrah.



"Terdapat banyak tempat bersejarah di sana yang orang ramai tidak boleh lawat menggunakan visa umrah," ujarnya.



Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) baru-baru ini mengumumkan bahawa wanita yang berusia 25 tahun ke atas boleh mendapatkan visa pelancong untuk ke negara itu sendiri tetapi wanita bawah 25 tahun tetap harus ditemani ahli keluarga untuk masuk ke negara tersebut.



Visa pelancong itu sah sehingga 30 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >