WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) sedang menerbangkan (pesawat) dron yang dilengkapi senjata di Baghdad untuk melindungi askar dan diplomat Amerika di ibu kota Iraq itu jika perlu, kata para pegawai negara itu kelmarin.
Langkah itu dibuat beberapa hari selepas Amerika mengerahkan 180 askarnya sebagai penasihat tentera untuk membantu tentera pemerintah Iraq menangkis serangan militan Sunni yang telah menawan bahagian utara dan barat negara itu.